e martë, 10 qershor 2008

Mulakan hari dengan DOA

Beberapa orang tidak akan memulakan harinya tanpa segelas kopi panas atau pun tea panas terlebih dahulu. Ketika bangun pagi, tidak ada yang lebih penting daripada aroma kopi panas yang membuatkan kita hendak meminumnya. Bagi sesetengah orang hal ini sudah menjadi cara hidup yang tidak boleh dilepaskan lagi. Seandainya saja pagi itu tidak ada kopi yang disediakan, mungkin saja ianya akan menyebabkan kemarahan dan sepanjang hari yang dilalui terasa begitu teruk.


Namun demikian, ada cara hidup yang lebih baik daripada sekadar memulakan hari dengan segelas kopi panas. Mulakanlah kehidupan harian dengan doa! Jika kita boleh ketagihan dengan kopi di waktu pagi hari, mengapa kita tidak boleh ketagihan dengan waktu-waktu kita bersama Tuhan di dalam doa? Bukankah seharusnya kita akan merasa tidak bersedia untuk menjalani kehidupan harian kita dalam sepanjang hari seandainya tidak ada doa yang kita naikkan kepada Tuhan lebih dulu. Bahkan seharusnya kita merasa ada yang ganjil jika memulakan hari kita tanpa doa.

Doa di pagi hari adalah kunci agar kita boleh melalui cabaran yang ada dalam sepanjang hari. Doa di pagi hari adalah seperti daun yang menantikan embun dari atas, kunci kita untuk mendapat kesegaran dalam kehidupan. Doa di pagi hari adalah seperti menantikan hangatnya sinar matahari yang menjelma, kunci agar kita menjalani hidup dengan penuh gairah dan penuh semangat. Doa di pagi hari adalah seperti suasana pagi yang masih sunyi, kunci agar kita terus mempertajamkan kepekaan kita terhadap keadaan sekeliling kita.

Sangat sayang sekali sekiranya kita lebih suka mengutamakan segelas kopi panas daripada doa. Bukankah kita pernah mendengar sebuah kata kata seperti ini : If you win the morning, you will win the day. Jika Anda menang pada waktu pagi, maka Anda akan menang sepanjang hari. Jadi pagi ini sudahkah anda berdoa ? hehehehe

Ma kaseh buat – Meywal
Versi Malaysia oleh - Gidong



Nuk ka komente: